8 Oktober 2010 - 20:30

Pasukan keselamatan Iran menembak mati 2 lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan membabi buta ke pos kawalan trafik di barat daya wilayah Kordestan yang menyebabkan 5 orang terbunuh dan 10 cedera.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pasukan keselamatan Iran menembak mati 2 lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan membabi buta ke pos kawalan trafik di barat daya wilayah Kordestan yang menyebabkan 5 orang terbunuh dan 10 cedera.

"Dua dalang utama pengganas insiden di Sanandaj telah dibunuh oleh pasukan keselamatan ketika pengejaran", kata pegawai Perlaksana Undang-Undang keselamatan wilayah Kordestan kepada wartawan Fars News pada hari Jumaat.

Empat pegawai polis dan seorang awam terbunuh manakala lima pegawai polis dan empat orang awam cedera dalam serangan pengganas di Sanandaj, ibu negeri Kordestan.

Polis mengatakan gerakan anti revolusi adalah dalang utama serangan tersebut.

Berita Berkaitan:

Serangan pengganas di Sanandaj, 5 maut dan 10 cedera